

Kami komited untuk menjadikan PRIBUMI sebagai organisasi yang menjadi suara kepada Remisier Bumiputera di dalam pasaran saham tanahair
Nazarry Bin Rosli
Presiden PRIBUMI
Tujuan Penubuhan
PRIBUMI adalah sebuah persatuan yang berjuang untuk menyatukan remisier Bumiputera untuk kepentingan dan faedah ekonomi Bumiputera. Tujuan penubuhannya adalah seperti berikut:
Memperkasakan wakil Peniaga
Untuk mewakili kepentingan wakil peniaga Bumiputera sebagai suatu badan dengan matlamat untuk memperbaiki keadan pekerjaan mereka dan hubungan mereka dengan broker saham yang relevan, badan kerajaan dan orang ramai.
Industri Sekuriti
Menggalakkan kepentingan industri sekuriti di Malaysia dan memperbaiki industri tersebut.
Kepentingan Perundangan
Memastikan kepentingan ahli terjamin dari segi undang-undang yang digubal dan dipinda di Malaysia berhubung perniagaan sekuriti.
Interaksi
Menggalakkan interaksi sosial, persefahaman dan kerjasama di kalangan wakil peniaga/remisier Bumiputera/remisier.
Professional
Menetapkan piawaian tertinggi bagi kecekapan amalan, tindakan dan professionalism di kalangan ahli.
Bantuan
Membantu atau mewakili ahli dalam perbincangan sekuriti dan lain-lain sama ada di dalam atau di luar negara.
Hubungan
Berhubung atau bekerjasama dengan badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan PRIBUMI.
Kajian & Peningkatan
Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang industri sekuriti melalui promosi dan penyebaran, juga pertukaran maklumat berhubung perkara yang diminati oleh professional di kalangan ahli dan lain-lain dengan mengadakan persidangan, pertemuan, seminar, melalui penerbitan berkala, surat berita dan melalui penggalakan, penyusuan dan penerbitan kajian penyelidikan dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.