KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya berubah rendah kerana saham global secara keseluruhan rendah pada Ogos, sementara ketidaktentuan terhadap prospek perdagangan global melembapkan lagi sentimen pasaran.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.89 mata pada 1,818.77 daripada 1,819.66 pada penutup Khamis.

Indeks dibuka meningkat 1.4 mata pada 1,821.06.

Pasaran ditutup pada Jumaat kerana cuti am sempena Hari Kebangsaan.

Suasana pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan 217 rugi berbanding 120 untung, 1,362 tidak didagangkan dan 34 digantung.Jumlah dagangan adalah 162.1 juta unit bernilai RM73.52 juta.

Public Bank Investment Bank Bhd menyebut, terdapat kejutan pada pasaran kerana laporan media mengatakan Presiden Donald Trump bercadang mengenakan tarif terhadap US$200 bilion import barangan China secepat mungkin.

Beliau juga mengancam untuk Amerika Syarikat menarik diri daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia dan menolak cadangan Kesatuan Eropah untuk membatalkan tarif kereta, tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 12 sen kepada RM10.08, Tenaga menambah 10 sen kepada RM15.78, PChem meningkat enam sen kepada RM9.52, PBBank meningkat lapan sen kepada RM25.20, CIMB dan Airport (MAHB) kedua-duanya meningkat lima sen masing-masing kepada RM6.14 dan RM9.40.

Antara yang aktif, PWorth susut 1.5 sen kepada 4.5 sen, PUC susut setengah sen kepada 16 sen, MYEG susut tujuh sen kepada RM1.42, Hibiscus menokok dua sen kepada 98 sen.

Indeks FBM Emas susut 15.45 mata kepada 12,703.97, Indeks FBMT 100 susut 11.96 mata kepada 12,514.47, FBM 70 susut 36.39 mata kepada 15,089.65, dan Indeks FBM Ace susut 26.44 mata kepada 5,257.27.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Shariah susut 40.24 mata kepada 12,766.83.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 39.99 mata kepada 18,004.96, manakala Indeks Perusahaan susut 5.64 mata kepada 3,206.32. Bagaimanapun Indeks Perladangan susut 18.25 mata kepada 7,559.33.

Sumber Awani
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/bursa-malaysia-dibuka-tinggi-tetapi-berubah-rendah-kemudiannya-184582

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *