KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah bagi hari ketiga berturut-turut dan dijangkakan terus mengalami tekanan penjualan hari ini berikutan kemelut kebimbangan perdagangan global.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.49 mata kepada 1,803.27 daripada 1,812.76 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 7.42 mata lebih rendah pada 1,805.34.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 131 berbanding 112, manakala 164 kaunter tidak berubah, 1,466 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 99.59 juta unit bernilai RM47.32 milion.Kenanga Investment Bank berkata, unjuran teknikal jangka panjang bagi indeks penanda aras tersebut kekal positif dengan petunjuk momentum utama menunjukkan petanda baik, bagaimanapun, ringgit yang lemah mungkin menjejaskan pasaran saham.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd berkata berdasarkan analisis teknikal, data mingguan indeks itu kekal meningkat namun momentum menaiknya adalah lemah.

“Bergerak antara paras 1,815 dan 1,810, FBM KLCI bergerak kepada mod kesesakan minggu ini dalam keadaan cabaran luaran,” menurutnya.

Bank itu berkata, aliran meningkat keseluruhan FBMKLCI masih tidak terjejas dengan indeks itu dijangkakan kekal melepasi paras sokongan 1,810 dalam tempoh terdekat.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepadaRM9.99, PBBank kurang 10 sen kepada RM24.76, Tenaga turun enam sen kepada RM15.66, CIMB merosot satu sen kepada RM6.09 manakala PChem tidak berubah pada RM9.49.

Saham aktif, Pesona meningkat 1.5 sen kepada 35.5 sen, SapNRG dan BornOil masing-masing turun setengah sen kepada 35.5 sen dan 5.5 sen, manakala NovaMSC dan DBE masing-masing tidak berubah pada 16.5 sen dan 3.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 52.70 mata kepada 12,626.38, Indeks FBMT 100 merosot 53.85 mata kepada 12,431.11, FBM 70 kurang 22.0 mata kepada 15,076.85, Indeks FBM Emas Syariah susut 41.76 mata kepada 12,714.69.

Bagaimanapun Indeks FBM Ace meningkat 10.69 mata kepada 5,263.24.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 108.51 mata kepada 17,892.80, Indeks Perusahaan turun 4.05 mata kepada 3,212.22 dan Indeks Perladangan kurang 35.55 mata kepada 7,495.24.

Sumber Awani
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/bursa-malaysia-dibuka-rendah-bagi-hari-ketiga-berturut-turut-184774

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *