KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd telah memperbadankan AirAsia Group (IHQ) Ltd (AAGIHQ) di Thailand untuk memberi nasihat dan perkhidmatan bagi pihak syarikat itu kepada subsidiari-subsidiari dan syarikat bersekutunya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, AirAsia Group Bhd berkata jumlah modal saham yang diterbitkan AAGIHQ adalah sebanyak THB20 juta (RM2.5 juta) merangkumi 200,000 saham biasa.Syarikat memegang 199,997 saham biasa dan tiga individu lain mempunyai satu saham biasa setiap seorang dalam AAGIHQ.

“Perbadanan AAGIHQ dijangka tidak mempunyai kesan serta-merta kepada modal diterbitkan dan berbayar pemegang saham utama dan pegangan saham dalam syarikat,” kata Kumpulan AirAsia.

a

Sumber Awani
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/kumpulan-airasia-perbadankan-subsidiari-di-thailand-185634

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *